Isnin, 13 Julai 2009

Penyambutan Hari Guru 2009


Hari Guru yang terjatuh pada 16 Mei setiap tahun telah menjelang. Pada tahun ini, tema Hari Guru 2009 ialah "Guru Pembina Negara Bangsa".

Sekolah kami, SJKC Kg. Baru Mahsan telah menyambut hari yang mulia ini pada 15 Mei 2009. Pada hari ini, guru-guru dan murid murid menjejakkan kaki ke sekolah dengan gembira. Pelbagai aktiviti dan pertandingan antara guru-guru dengan murid murid telah diadakan. Selain itu, para guru juga dijemput untuk menjamu selera di dewan sekolah yang disedikan oleh murid-murid Tahun 6.

Pertandingan Syarahan Bahasa Cina 2009


Sekolah SJKC Kg. Baru Mahsan telah mengadakan Pertandingan Syarahan Bahasa Cina 2009 pada 14 April 2009. Pertandingan tersebut diadakan dengan dua tahap iaitu Tahap I ( Tahun 1-3 : Pertandingan Bercerita ) dan Tahap II (Tahun 4-6 : Pertandingan Syarahan ).