Selasa, 16 Jun 2009

Sejarah Perpustakaan

SJK( C ) Kg Baru Mahsan terletak di Jalan Mahsan, Bahau. Jaraknya dari Bandar adalah sejauh 5 kilometer.

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1952. Pada masa itu, ketua kampong yang bernama Choo Meng dan pengerusi MCA cawangan Bahau pada msa itu iaitu Yap Liao Swee telah menyeru sebuah sekolah rendah Cina untuk anak-anak mereka. Akhirnya, mereka telah dapat mengutip derma sebanyak 17 ribu ringgit. Dengan jumlah wang itu, orang-orang kampong telah mendirikan seubah sekolah yang hanya mempunyai 3 buah bilik darjah dan sebuah asrama guru sahaja. Pada 26 hb September 1952, murid-murid mula belajar di sekolah ini.

Pada tahun1964, 3 buah bilik darjah yang baru dan sebuah pejabat guru besar pula didirikan. Oleh kerana bilangan murid semakin bertambah , sebuah bangunan yang bertingkat dua didirikan pada tahun 1982. Manakala sebuah dewan yang mengandungi pentas ditubuhkan pada tahun 1985.

Pada awal tahun 80an, bahan-bahan bacaan dan alat-alatan Bantu mengajar telah dibahagikan mengikut tahun dan jenis serta disimpan dalam bilik darjah masing-masing.

Pada tahun 1993, sebuah bilik khas yang mengandungi perpustakaan dan bilik ABM diwujudkan. Bilik inilah dinamakan Pusat Sumber Sekolah SJK ( C ) Kampung Mahsan. Keluaran PSS sekolah ini adalah 720 persegi.