Selasa, 16 Jun 2009

Album PSS




Hari Sukan

Aktiviti PSS

Kemudahan PSS

  • Bilik Tayang
  • Perpustakaan
  • Makmal Komputer
  • Bilik ABM

Program Nilam

APA ITU NILAM?

Nadi Ilmu Amalan Membaca

Satu program yang menggabungkan atau mengadunkan semua aktiviti galakan membaca disekolah dengan memberi ganjaran atau pengiktirafan.

MATLAMAT NILAM
Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dikalangan murid-murid

OBJEKTIF
Menjadikan murid- murid banyak membaca
Menggalak sekolah terus menjana idea kreatif

PELAKSANAAN NILAM
1. Tahap atau Peringkat Pertama – JAUHARI
· Semjua murid diwajib mengikuti aktiviti galakan membaca yang dirancang sepanjang tahun
· Diberi kemudahan meminjam buku dari Pusat Sumber Sekolah

2. Tahap atau Peringkat Kedua – RAKAN PEMBACA (RP)
· Layak apabila telah membaca sekurang-kurangnya 100 buah buku
· Mempunyai daya kepimpinan untuk menarik minat orang lain supaya membaca

Objektif

Objektif umum :

Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai nadi pengerak pengajaran dan pembelajaran bagi sesebuah sekolah.

Objektif khusus :

1. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan denagn bantuan bahan bantu mengajar.

2. Meningkatakan profesionalisme guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bengkel pembinaan bahan Bantu mengajar.

3. Memupuk minat dan usaha guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui pembinaan bahan Bantu mengajar secara lebih kreatif dan inovatif.

4. Menyediakan tempat rujukan kendiri kepada warga sekolah.

5. Menyediakan Pusat Sumber Sekolah sebagai gudang ilmu pengetahuan dalam penguasaan ilmu melalui teknologi terkini.

6. Mempraktikkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam meningkatkan kecermelangan pelajar.

7. Membentuk sahsiah yang lebih sempurna di kalangan warga sekolah melalui pembacaa.

Misi

Pusat sumber sekolah merupakan suatu badan yang bergerak mengikut arus perkembangan semasa untuk kecemerlangan guru-guru dan pelajar S.J.K. ( C ) Kampung Baru Mahsan bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran berasaskan pendidikan.

Visi

Berupaya menjadi sekolah bestari yang terunggul dan terbilang serta bertaraf teknologi dengan usahawan daripada staf yang ceria, tabah, komitmen dan bersepadu.

Sejarah Perpustakaan

SJK( C ) Kg Baru Mahsan terletak di Jalan Mahsan, Bahau. Jaraknya dari Bandar adalah sejauh 5 kilometer.

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1952. Pada masa itu, ketua kampong yang bernama Choo Meng dan pengerusi MCA cawangan Bahau pada msa itu iaitu Yap Liao Swee telah menyeru sebuah sekolah rendah Cina untuk anak-anak mereka. Akhirnya, mereka telah dapat mengutip derma sebanyak 17 ribu ringgit. Dengan jumlah wang itu, orang-orang kampong telah mendirikan seubah sekolah yang hanya mempunyai 3 buah bilik darjah dan sebuah asrama guru sahaja. Pada 26 hb September 1952, murid-murid mula belajar di sekolah ini.

Pada tahun1964, 3 buah bilik darjah yang baru dan sebuah pejabat guru besar pula didirikan. Oleh kerana bilangan murid semakin bertambah , sebuah bangunan yang bertingkat dua didirikan pada tahun 1982. Manakala sebuah dewan yang mengandungi pentas ditubuhkan pada tahun 1985.

Pada awal tahun 80an, bahan-bahan bacaan dan alat-alatan Bantu mengajar telah dibahagikan mengikut tahun dan jenis serta disimpan dalam bilik darjah masing-masing.

Pada tahun 1993, sebuah bilik khas yang mengandungi perpustakaan dan bilik ABM diwujudkan. Bilik inilah dinamakan Pusat Sumber Sekolah SJK ( C ) Kampung Mahsan. Keluaran PSS sekolah ini adalah 720 persegi.